Majlis Anugerah Dekan Fakulti Sains Kesihatan Sesi Oktober 2022 – Februari 2023

UiTM Kampus Puncak Alam, 13 April 2023 – Persatuan Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Kesihatan Sesi 2022/2023 telah menganjurkan Majlis Anugerah Dekan Sesi Oktober 2022 – Februari 2023 pada peringkat fakulti. Majlis ini dilaksanakan pada setiap semester bagi memberikan penghargaan kepada para pelajar yang telah menerima anugerah dekan bagi semester sebelumnya. Majlis Anugerah Dekan pada sesi ini turut dijalankan dengan kerjasama bersama Kelab Lensa Fakulti Sains Kesihatan.

Majlis Anugerah Dekan Sesi Oktober 2022 – Februari 2023 telah berlangsung pada 13 April 2023 pada jam 1.45 tengahari dan berakhir pada jam 4.15 petang secara atas talian melalui platform Facebook Live Fakulti Sains Kesihatan UiTM. Seramai 20 orang ahli jawatankuasa program dan 918 orang penerima anugerah telah terlibat bagi menjayakan program ini. Program ini juga turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat UiTM Kampus Puncak Alam seperti Dekan dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar. Selain itu, majlis ini juga terbuka kepada semua pelajar lain dan orang luar bagi memeriahkan lagi majlis. Dalam pada itu, para tetamu tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada penerima Anugerah Dekan di ruangan komen Facebook Live.

Melalui Majlis Anugerah Dekan yang dilaksanakan pada sesi ini, semangat untuk terus meningkatkan usaha bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan dapat disuntik kepada seluruh pelajar Fakulti Sains Kesihatan. Hal ini juga berjaya melahirkan graduan berkualiti tinggi yang mampu mengharumkan nama Universiti Teknologi MARA (UiTM) diperingkat yang lebih tinggi. Disamping itu, majlis ini juga berjaya mengeratkan hubungan sesama mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan UiTM Kampus Puncak Alam.

Disediakan Oleh,

RUSYDINA HUSNA BINTI RUSLI
Pengarah Program
Majlis Anugerah Dekan
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi Oktober 2022 – Februari 2023