Majlis Anugerah Dekan Fakulti Sains Kesihatan 2022

UiTM Puncak Alam, 9 Julai 2022 – Persatuan Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Fakulti Sains Kesihatan Sesi 2021/2022 telah menganjurkan Majlis Anugerah Dekan 2022 yang merupakan program di peringkat universiti. Majlis ini kebiasaannya dijalankan pada setiap semester bagi memberikan penghargaan kepada para pelajar yang telah menerima anugerah dekan bagi semester sebelumnya. Terdapat sedikit kelainan pada majlis kali ini kerana, majlis kali ini juga turut dijalankan dengan kerjasama daripada Persatuan Lensa Fakulti Sains Kesihatan, pelajar Fakulti Sains Kesihatan Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dan pelajar Fakulti Sains Kesihatan Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.

Majlis Anugerah Dekan 2022 telah berlangsung pada jam 8.45 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Majlis telah dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan platform Youtube dan Facebook Live. Seramai 29 orang ahli jawatankuasa dan 1836 orang penerima anugerah telah terlibat bagi menjayakan program ini. Program ini juga turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat dari setiap cawangan UiTM Kampus Puncak Alam, Bertam dan Samarahan. Selain itu, Majlis ini juga terbuka kepada semua pelajar lain dan orang luar bagi memeriahkan lagi majlis.

Antara objektif lain program ini adalah untuk memberikan semangat kepada pelajar lain agar terus berusaha bagi mencapai kejayaan pada masa depan. Selain itu, bagi mengeratkan hubungan sesama mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan dari cawangan UiTM yang berbeza. Seterusnya, dapat menaikkan visibiliti Fakulti Sains Kesihatan di peringkat yang lebih tinggi.

 

Tajuk Asal :  Majlis Anugerah Dekan Fakulti Sains Kesihatan 2022 Anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Sesi 2021/2022 Dengan Kerjasama Persatuan Lensa Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam Dan UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan