Mahasiswa UITM Shah Alam adakan program ‘’Green Building, Best Solution’’ dengan Sekolah Menengah Sains Rembau

Mahasiswa UITM Shah Alam anjur program penjagaan alam sekitar ‘’Green Building, Best Solution’’dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Rembau.

REMBAU– Pelajar Kursus Kokurikulum Khidmat Komuniti (HPD233A) Universiti Teknologi Mara Shah Alam telah menganjurkan program sukarelawan Khidmat Komuniti penjagaan alam sekitar bersempena dengan program University Community Engagement (UCE) untuk aktiviti penanaman landskap bertemakan Green Building, Best Solution di perkarangan taman reakreasi  Sekolah Menengah Sain Rembau ahad lalu.

Peserta terdiri daripada 25 orang pelajar Kursus Kokurikulum Khidmat Komuniti, 5 orang pelajar dari Kelab Bridged Sukarelawan UITM, 5 orang wakil pelajar dari Sekolah Menengah Sains Rembau, guru pengiring yang mewakili Sekolah Menengah Sains Rembau iaitu Encik Noor Khairul Azwan dan penasihat Kursus Khidmat Komuniti iaitu Encik Ku Hadzrill Jeeffry Bin Ku Hamzah yang turut bersama menjayakan program ini.

Pelaksanaan program ini mampu memberi pendidikan selain kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang kepentingan alam sekitar dan kepentingan penanaman hijau kepada bumi dan manusia selaras dengan tema Green Building, Best Solution.

Selain itu, dapat menerapkan nilai-nilai murni dan meningkatkan kemahiran insaniah seperti bekerja dalam kumpulan dan berkomunikasi antara pelajar. Dengan pelaksanaan program ini, ianya dapat mengajar dan mendidik masyarakat agar menjaga alam sekitar lebih dari konsep pemuliharaan. Konsep ini sangat penting agar alam sekitar kekal terjaga untuk generasi akan datang.

Di dalam program ini, mereka berpeluang mempelajari tentang jenis-jenis pokok serta cara penanaman pokok dan membuat landskap dengan betul. Selain itu, dapat mengendalikan masalah yang timbul dengan kreatif dan inovatif untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

Menurut pengarah program iaitu Nur Athirah binti Mohd Afandi, program ini merupakan program yang pertama dianjurkan di Sekolah Menengah Sains Rembau yang melibatkan penanaman landskap di kawasan sekolah ini.

Katanya, program University Community Engagement (UCE) yang dianjurkan ini dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang pengamalan konsep hijau di kawasan persekitaran selain mencantikkan kawasan sekolah ianya juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan melahirkan pelajar yang proaktif.

“Kami pelajar kursus kokurikulum khidmat komuniti (HPD233A) berbesar hati dapat menjalankan aktiviti penanaman dan pembinaan landskap bersama murid di Sekolah Menengah Sain Rembau. Bagi kami, aktiviti ini bukan sahaja dapat mendidik diri kami sebagai mahasiswa untuk menjaga alam sekitar tetapi juga murid-murid di sekolah itu sendiri.

“Dengan kejasama daripada pihak sekolah, kami dapat mencapai 2 objektif utama iaitu menyediakan susasana yang kondusif kepada murid-murid di skolah ini serta dapat mendidik dan menyebarkan kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar”

Menurut salah seorang wakil pelajar dari Sekolah Menengah Sains Rembau, program ini merupakan satu program yang baru dan sangat menarik. Landskap di taman reakreasi yang telah disiapkan sangat menarik perhatian dan pelbagai pembaharuan dapat dilihat di kawasan sekitar.

“Pihak universiti telah menggunakan bahan-bahan terpakai seperti tayar dan pelbagai tumbuhan hijau untuk menarik perhatian dan mencantikkan kawasan sekitar. Dengan pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan, pelajar-pelajar di sekolah ini dapat mengunjungi dan merehatkan minda mereka di sini’’.

Kursus Kokurikulum Khidmat Komuniti (HPD233A) merupakan sebuah persatuan pelajar yang bertujuan untuk menjalankan aktiviti dan program yang berteraskan ke arah konsep kesukarelawanan. Ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan nila-nilai murni serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa dan komuniti kampus.

Foto berkaitan:

0
0