Mahasiswa UiTM Puncak Perdana bangunkan pusat sumber untuk anak-anak tahfiz

Mohd Najwan Halimi merasmikan Pusat Sumber MTAQWA’S.

SHAH ALAM – Seramai 18 orang peserta yang terdiri dariapada mahasiswa Sarjana Sains Perpustakaan, Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana menjayakan program khidmat masyarakat dengan menyediakan pusat sumber kepada anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al- Quran Wa As Sunnah (MTAQWA’S) Sunway Kayangan bermula April yang lalu dan berakhir 22 Jun dalam majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.

Program ini bertujuan untuk mendekati masyarakat di samping membantu membangunkan pusat sumber untuk kegunaan anak-anak tahfiz disini.

Dua fokus utama projek ini adalah menyediakan buku-buku terkini bercetak dan elektronik yang bersesuaian dengan anak-anak tahfiz serta membangunkan sistem perpustakaan bagi memudahkan sistem pencarian buku.

Antara yang peserta terlibat yang menjayakan bangunkan pusat sumber untuk anak-anak tahfiz.

Dalam pada masa yang sama memberi peluang kepada anak-anak tahfiz dan kepada penduduk sekitar Sunway Kayangan untuk membuat pinjaman buku secara sistematik.

Mohd Najwan Halimi mengucapkan jutaan tahniah kepada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM kerana mengambil tanggungjawab dan inisiatif yang cukup baik untuk mendekati masyarakat.

“Saya berharap semua mahasiswa dapat menjadi projek ini sebagai salah satu amal jariah untuk anak-anak tahfiz. Saya juga berharap usaha ini dapat diperkembangkan lagi di pusat-pusat tahfiz yang lain atau kawasan-kawasan yang memerlukan pusat sumber,” katanya.

Sukarelawan yang terlibat.

Sementara itu, Pensyarah Kanan merangkap Penasihat Program iaitu Dr Nurrusobah Hussin berkata, melalui program ini mahasiswa dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi bersama masyarakat.

“Hal ini dapat dilihat bahawa mahasiswa bekerjasama dalam satu pasukan dan membentuk peluang untuk menyumbangkan ilmu serta kemahiran agar dapat dimanfaatkan bersama masyarakat,” katanya.

Oleh: Firdausiah Ahamad
Sumber: https://kampusuols.com/article/429669/U-In-News/SEL-KL/Mahasiswa-UiTM-Puncak-Perdana-bangunkan-pusat-sumber-untuk-anak-anak-tahfiz

0
0