Mahasiswa cakna kesedaran terhadap keganasan wanita

Mahasiswa Marketing Information Services (IMA608) Fakulti Pengurusan Maklumat.

SHAH ALAM – Mahasiswa Marketing Information Services (IMA608) Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi Mara UiTM Kampus Puncak Perdana telah menganjurkan satu program iaitu Women’s Right to Sight yang diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),UiTM Kampus Puncak Perdana.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa mengenai keganasan terhadap wanita yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Selain itu, program yang dianjurkan ini juga bertujuan untuk memaksimumkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mempelajari ilmu mempertahankan diri terutamanya dalam kalangan wanita.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program ini berlangsung antaranya forum, reruai pameran dan permainan.

Program ini turut dihadiri oleh empat buah agensi iaitu, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Penjara Wanita Kajang, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Puncak Alam Puncak Perdana (PSSCMPAPP) yang turut sama menjayakan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah forum bertajuk “Ending Violence Against Women” dibincangkan oleh Pegawai Turus Cawangan D11 PDRM, DSP Loh Pey Pey dan Ketua Inspektor Penjara Wanita Kajang KA32, Mafuzah Md Radzi.

Forum yang disampaikan oleh DSP Loh Pey Pey dan Mafuzah Md Radzi.

Forum ini membincangkan topik berkaitan keganasan wanita dan kes-kes keganasan wanita yang pernah terjadi di Malaysia.

Ahli PSSCMPAPP juga tidak melepaskan peluang untuk membuat demostrasi cara-cara mempertahankan diri yang patut dipelajari oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kaum wanita.

Berkat kesungguhan Muhammad Raffiq Aidrus telah membuahkan hasil dengan kerjasama ahli kelas IMA608 yang bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran program Ini.

Menurutnya, program ini mendapat sambutan hangat daripada pensyarah dan mahawiswa Fakulti Pengurusan Maklumat.

“Program ini dipantau sepenuhnya oleh Pensyarah Marketing Information Services (IMA608) merangkap penasihat program, Nurhidayah Hashim yang banyak membantu memberi tunjuk ajar sepanjang menjayakan program ini,” katanya.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Pusat Sumber, Dr Halida Yuu.

Oleh: Nurfatihah Abdul Rashi
Sumber:
https://kampusuols.com/article/428963/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Mahasiswa-cakna-kesedaran-terhadap-keganasan-wanita

0
0