Lebih 6,000 pengunjung ke Perak International Convention On Creative Industry 2024 (PICCI 2024)

Seri Iskandar – Pada 18 dan 19 Mei 2024, Rentetan dari sokongan dan sambutan yang mengalakkan, Program Perak International Convention On Creative Industry 2024 (PICCI2024) sebagai salah satu program tahun melawat Perak 2024 telah diadakan di Dewan Seri Iskandar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak berjaya menghimpunkan pemain-pemain industri dan akademik dalam bidang kreatif dibawah penganjuran Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Objektif utama program ini adalah untuk menyatukan pengiat seni serta industri-industri kreatif tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai sub bidang, di antaranya bidang animasi, multimedia, ilustrasi, fesyen, seramik, komik, kraf dan pelbagai lagi selama dua hari.

Program yang telah menarik pengunjung seramai 5,000 orang terdiri dari pelajar IPTA dan orang awam selama 2 hari ini berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu program tahunan berikutan ia mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Malahan, program-program seperti ini mampu menjana pendapatan komuniti setempat yang berada di kawasan luar bandar dalam masa yang sama memperkenalkan tempat-tempat pelancongan negeri perak yang lain.

Acara perasmian PICCI 2024 ini juga telah di hadiri oleh tetamu kehormat, YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah, YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib, Puan Mujahidah Khairun Nisak binti Rosli sebagai wakil JPT, YBrs. Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah. Perasmian PICCI 2024 telah di sempurnakan oleh YB pada 18 Mei 2024. Serentak dengan acara perasmian ini, sesi menandatangani MOU juga telah berlangsung di antara UiTM Cawangan Perak dan 6 buah syarikat tempatan iaitu Dewan Usahawan Islam Malaysia (Duim), Sugarbomb Worldwide Sdn. Bhd., Infinite Opportunities Sdn. Bhd., Life Line Clothing Malaysia Sdn. Bhd., Dan Integrasi Erat Sdn. Bhd.

Dalam penganjuran pada kali ini, YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah sangat berbangga dan berhasrat untuk PICCI di teruskan lagi di tahun-tahun akan datang dengan sokongan penuh oleh kerajaan Negeri. Hal ini kerana ia selaras dengan hasrat kerjaan untuk meletakkan sasaran yang signifikan untuk menjadikan Industri kreatif negara kita sebagai sebahagian penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara. Kerajaan Negeri sangat komited untuk meraikan dan mengiktiraf industri kreatif yang berupaya sebagai penyumbang kepada pembangunan negeri dan berusaha untuk mengkomersialkan Negeri Perak sebagai sebuah negeri yang kreatif dan inovatif. Negeri Perak juga menyasarkan kemasukan lebih lapan juta pelancong domestik ke negeri ini sempena Tahun Melawat Negeri Perak 2024, justeru Perak International Convention On Creative Industry (PICCI) diharapkan ia bukan sahaja menjadi acara tahunan pelancongan Negeri Perak malah merangsang pendapatan melalui pelancongan dan menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan ekologi alam sekitar sejajar dengan konsep pelancongan Negeri Perak 2024.

 

Program PICCI 2024 yang telah diketuai oleh En. Ashraf Bin Abdul Rahaman dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Cawangan Perak ini juga turut dijayakan dengan sokongan penuh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak dan rakan kerjasama dari Univeristi Pendidikan Sultan Idris, Majlis Rekabentuk Malaysia, MDEC, Balai Seni Visual Negara, Majlis Daerah Perak Tengah, Bitcom UiTM, Tourism Perak, dan beberapa agensi tempatan lain.

Dengan kejayaan program PICCI2024 , Program PICCI2025 yang bakal berlansung pada tahun hadapan diharapkan mampu menarik lebih ramai pengunjung dengan kerjasama dari pelbagai pihak yang berminat untuk menyertai serta bersama-sama menjayakan program PICCI2025 disamping terus menyokong Dasar Industri Kreatif Negara dalam menjadi menjadi pemangkin industri kreatif yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan di peringkat domestik dan anatarabangsa serta mampu mencipta masa depan yang lebi cerah dan sejahtera bagi Negeri Perak dan seluruh rakyatnya.