Lawatan Ukhuwah Kediaman Pelajar Non-Residen anjuran Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR) UiTM Pulau Pinang

Lawatan Ukhuwah Kediaman Pelajar Non-Residen anjuran Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR) UiTM Pulau Pinang

Permatang Pauh ,13 Disember 2019 – Program Lawatan Ukhuwah ke sekitar kawasan kediaman pelajar Non Residen (NR) anjuran Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan bermula daripada 27 November 2019 hingga 6 Disember 2019.

Siri lawatan ke rumah pelajar NR di sekitar kawasan kampus UiTM Permatang Pauh ini adalah merupakan aktiviti wajib yang sentiasa dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Non Residen bagi menyantuni kelompok pelajar NR pada setiap semester.

Lawatan kali ini melibatkan empat (4) zon kawasan iaitu Perda, Taman Pauh, Taman Mutiara dan Taman Sutera. Aktiviti kali ini turut melibatkan penyertaan daripada ahli JPNR seramai 10 orang, Staf Residen Non Residen (SRNR), Ketua Staf Residen Kolej  (KSRK), Pengurus Asrama dan turut disertai oleh Ketua Unit Korporat UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Lawatan Ukhuwah Kediaman Pelajar Non-Residen anjuran Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR) UiTM Pulau Pinang

Bagi penganjuran kali ini, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang telah meluangkan masa bersama pihak penganjur untuk turut serta turun padang bagi meninjau keadaan semasa mahasiswa yang berada di luar kampus.

Kehadiran Rektor Kampus UiTM Cawangan Pulau Pinang pada siri lawatan kali ini telah mendapat respon yang baik daripada kalangan mahasiswa Non Residen. Sesi pertukaran pendapat dan perbincangan secara santai dan mesra berkaitan cadangan penambahbaikan serta keperluan semasa pelajar NR telah berjaya dilaksanakan secara dua hala.

Lawatan ini juga turut disertai dengan penyampaian sumbangan barangan keperluan harian kepada pelajar NR yang terlibat. Aktiviti seperti ini akan terus dianjurkan pada setiap semester bagi memastikan warga NR UiTM Cawangan Pulau Pinang sentiasa diberi keutamaan dan sebagai tanda keprihatinan pihak penganjur kepada kelompok pelajar ini.

Foto berkaitan:

Lawatan Ukhuwah Kediaman Pelajar Non-Residen anjuran Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR) UiTM Pulau Pinang Lawatan Ukhuwah Kediaman Pelajar Non-Residen anjuran Jawatankuasa Perwakilan Non Residen (JPNR) UiTM Pulau Pinang

1
0