Lawatan Tinjauan Akademik ke Fakulti Perubatan dari Fakulti Perubatan & Kesihatan Pertahanan UPNM

Lawatan Tinjauan Akademik ke Fakulti Perubatan dari Fakulti Perubatan & Kesihatan Pertahanan UPNM

6 Disember 2019 – Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerima kunjungan dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang bertujuan untuk membuat penanda arasan dari aspek pelaksanaan kurikulum pengajian perubatan menggunakan kaedah pengajaran integrasi yang diamalkan di fakulti ini. Pusat pengajian perubatan di universiti awam di Malaysia mempunyai dua kaedah dalam pengajaran perubatan iaitu sama ada kaedah tradisional atau kaedah integrasi dengan kaedah pengajaran integrasi semakin menjadi pilihan pada masa kini.

Sesi perkongsian yang di aturkan pada sebelah pagi di bawah seliaan Timbalan Dekan Akademik, Prof. Dr. Effat Omar telah berlangsung dengan lancar dan mendapat maklumbalas positif dari perwakilan yang datang.

Prof. Dr. Mohd Zamrin Dimon, Dekan Fakulti Perubatan juga menyambut baik kunjungan wakil-wakil dari UPNM ini dan mengusulkan agar perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan kurikulum pengajian perubatan diteruskan pada masa hadapan dan dapat dilanjutkan lagi dengan usahasama seterusnya agar merangkumi kerjasama dalam bidang penulisan dan penyelidikan.

Lawatan Tinjauan Akademik ke Fakulti Perubatan dari Fakulti Perubatan & Kesihatan Pertahanan UPNM

Lawatan Tinjauan Akademik ke Fakulti Perubatan dari Fakulti Perubatan & Kesihatan Pertahanan UPNM

0
0