Lawatan Sosial Kelab Kakitangan (KEKiTA) UiTM Sarawak ke Nha Trang, Vietnam

Lawatan Sosial Kelab Kakitangan (KEKiTA) UiTM Sarawak ke Nha Trang, Vietnam

KOTA SAMARAHAN, 5 November 2019 : Biro Sosial Kelab Kakitangan Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak telah menganjurkan Lawatan Sosial ke Nha Trang & Dalat Vietnam pada 26 Oktober 2019 sehingga 1 November 2019  yang lalu. Seramai 28 orang peserta turut serta dalam rombongan kali ini.

Walaupun menerima berita berkenaan dengan Tropical Storm Matmo akan melanda Kawasan bandar Na Thrang, namun ia tidak mematahkan semangat  peserta rombongan untuk tetap meneruskan program seperti yang direncanakan .

Penyerahan sumbangan Corporate Service Responsibility (CSR) peserta Rombongan Sosial Kelab Kakitangan (KEKiTA) ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 30 Oktober 2019 bertempat di Loc Tho Nha Orphanage Home, Nha Trang Vietnam.

Rombongan telah menghantar sumbangan berupa kelengkapan persekolahan seperti alat tulis, buku dan barangan keperluan harian kepada rumah perlindungan tersebut hasil daripada kutipan derma yang dilaksanakan di kalangan kakitangan UiTM Cawangan Sarawak.

Pihak Biro Sosial mewakili Kelab kakitangan (KEKiTA) UiTM Cawangan Sarawak ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan UiTM dan seluruh warga kampus di atas sokongan dan sumbangan yang dihulurkan bagi merealisasikan program ini.

Foto berkaitan:

1
0