Lawatan Sambil Belajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Muara Tuang ke Fakulti Perladangan & Agroteknologi UiTM Sarawak

Kunjungan Lawatan Sambil Belajar Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Muara Tuang ke UiTM Sarawak

Kota Samarahan, 3 Julai 2019 – Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Cawangan Sarawak telah menerima kunjungan daripada 2 orang guru, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid dan 15 orang pelajar daripada Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Muara Tuang, Kuching.

Kunjungan tersebut merupakan lawatan sambil belajar bagi pelajar yang memilih Subjek Asas Tanaman sebagai matapelajaran Kemahiran Asas Vokasional yang di ketuai oleh Cikgu Surabi Bujang Ali. Penyelaras Kurikulum Pendidikan Khas, Cikgu Gloria Mu’at juga turut serta dalam lawatan ini bersama dengan Pembantu Pengurusan Murid, Puan Khadijah Itin dan Puan Ammy Bakar.

Objektif utama lawatan tersebut adalah untuk menerapkan minat pelajar dan mendedahkan pelajar kepada pengurusan pertanian. Walaupun pelajar ini mempunyai masalah pembelajaran tetapi ia tidak menghalang mereka mendapat pendidikan.

Encik Mohd Farizan Jamil selaku Pengurus Ladang Kanan, UiTM Cawangan Sarawak memberi penerangan kepada pelajar.

Taklimat umum telah disampaikan oleh Ketua Pusat Pengajian Perladangan dan Sains Kesihatan, Prof. Madya Dr Abdul Rahman Saili dan diikuti oleh taklimat ladang oleh Encik Mohd Farizan Jamil selaku Pengurus Ladang Kanan, UiTM Cawangan Sarawak.

Terdapat 4 slot disediakan untuk pelajar iaitu pendedahan dengan plot buah-buahan oleh Puan Sharifah Zuraini Wan Chie, Slot Mesin Pertanian oleh Puan Nurul Huda Abdullah, Slot Sungkupan dan Campuran tanah oleh Encik Noorsidek Dali dan Slot Cantuman dan Tut oleh Encik Basri Pawi.

Maklumbalas positif yang diterima daripada pelajar – pelajar amat menggalakkan dan berharap usaha murni serta kerjasama seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Prof. Madya Dr Abdul Rahman Saili juga bercadang  untuk mengadakan program kemasyarakatan bersama pelajar pendidikan khas di SMK Muara Tuang dengan kerjasama Persatuan Pelajar Agrovarsity.

Disediakan oleh: Prof. Madya Dr Abdul Rahman Saili

0
0