Lawatan Principal United Tropical Fruit ke Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Cawangan Pahang

07 April 2022 (Khamis) – Satu sesi lawatan daripada United Tropical Fruit (UTF) ke Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) telah di adakan dan dihadiri oleh 4 wakil syarikat itu iaitu:

Encik Mario Dorizas, Principal UTF yang berpengkalan di Singapura, Dr Raymond Samy, Pengarah Urusan UTF Malaysia, Encik Jamaludin Ahmad Pengurus Tapak UTF, dan Encik John Edwin selaku Pegawai Penyelidik dan Pembangunan UTF.

Deligasi lawatan telah di sambut oleh Ts Puan Fazidah Rosli, Ketua Pusat Pengajian FPA, Dr Mohd Khairi Bin Che Lah, Pensyarah Kanan dan Muhammad Esyam Adip pensyarah FPA.  Perbincangan ini telah di hadiri oleh pensyarah dan penyelidik dari FPA, Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Pahang.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk perbincangan mengenai potensi penyelidikan durian organik Musang King di Pahang serta membawa Encik Mario untuk melawat tapak cadangan Nurseri Organik Durian Musang King di Bukit Kelulut UiTM Kampus Jengka. Pihak UTF amat teruja dan berbesar hati dengan sesi lawatan ini. Di harap, kerjasama strategik antara UTF dan UiTM boleh terjalin di masa hadapan agar dapat membantu membangunkan sektor Pertanian di negara kita.