Lawatan PETRONAS ke Makmal Penyelidikan UiTM

23 Mei 2022  – Delegasi PETRONAS mengadakan lawatan ke makmal-makmal penyelidikan UiTM berkaitan Renewable Energy Program. Tujuan lawatan adalah untuk pihak PETRONAS meninjau fasiliti yang terdapat di UiTM dalam melaksanakan penyelidikan berteraskan tenaga mapan (renewable energy). Lawatan diketuai oleh En Zaid Zolkiffly, Dr Siti Nur Amira Shaffee dan pasukan dari Renewable Energy Program, Petronas Research Sdn Bhd.

Terdapat 6 makmal telah dilawati yang diwakili oleh penyelidik- penyelidik antaranya, Profesor Dr Oskar, Dr Mohamad Fariz Taib, Dr Muhd Firdaus Kasim, Dr Mohamad Kamil yaacob, Dr Noor Asnida Asli, Dr Muhamada Nabil Hidayat dan Dr Amalina Amir.

Baru-baru ini UiTM menghantar sebanyak lebih 60 kertas cadangan penyelidikan untuk kerjasama dengan PETRONAS berkaitan bidang tenaga mapan merangkumi, solar, bateri, dan kepintaran buatan. Terdapat 18 projek telah disenarai pendek dan menunggu keputusan.

Semoga usaha kolaborasi antara pihak PETRONAS dan UiTM membuahkan hasil yang akan memanfaatkan seluruh.