Seri Iskandar, 8/5/2024 – Bertepatan dengan misi UiTM di dalam menerajui pembangunan bumiputera professional yang tangkas melalui kurikulum terkini dan penyelidikan yang berkesan, Program Sarjana Senibina (CFAP773) UiTM Cawangan Perak telah berjaya menganjurkan Program Lawatan Penasihatan atau lebih dikenali sebagai “Advisory Visit” bagi program Sarjana Senibina yang telah berlangsung pada 23 & 24 April 2024 yang lalu. Lawatan Penasihatan ini adalah dibawah seliaan Majlis Akreditasi dan Pendidikan Senibina Malaysia (MAPS), dimana objektif utama majllis ini adalah untuk menggalakkan perkembangan dan kemajuan pendidikan senibina di Malaysia.
Disepanjang Lawatan Penasihatan ini, pihak program menerima kunjungan daripada 3 orang panel yang dilantik bagi mewakili Majlis Akreditasi dan Pendidikan Senibina Malaysia (MAPS).Seramai 3 orang panel yang berlatarbelakang kan industri dan akademik di dalam dunia senibina tempatan telah dilantik oleh Majlis Akreditasi dan Pendidikan Senibina Malaysia (MAPS) disepanjang lawatan ini. Panel- panel ini terdiri daripada Dr Zunaibi bin Abdullah, Ar. IDr. Dr. Wan Norisma binti Wan Ismail Ar. Ahmad Nizam bin Ahmad Radzi
Kriterion-kriterion penting yang berkaitan dengan hal-ehwal pembelajaran dan pengajaran merangkumi silibus, penyampaian, penilaian, fasiliti, pelajar, tenaga pengajar, pengurusan universiti dan lain-lain telah dinilai secara holistik oleh para panel yang dilantik. Panel-panel ini telah di bawa untuk melihat pameran kerja-kerja pelajar Sarjana Senibina, fail-fail pengajaran kerja kursus dan juga dibawa pusing sekitar UiTM Cawangan Perak untuk menilai fasiliti dan kemudahan yang disediakan kepada pelajar.
Sesuai dengan nama program iaitu Lawatan Penasihatan, panel-panel ini telah memberikan komen-komen berbentuk nasihat yang konstruktif di dalam memastikan standard dan kualiti berterusan dicapai. Ini merangkumi kesemua kriterion-kriterion yang dinilai di dalam menambah baik kualiti penyampaian dan perjalanan program Sarjana Senibina di UiTM Cawangan Perak. Komen-komen konstruktif ini disambut baik oleh para pensyarah dan pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Perak. Ianya menjadi suntikan semangat untuk ditambah baik di dalam membina kredibiliti dan identiti Program Sarjana Senibina UiTM Perak sebagai salah sebuah universiti yang terpilih di dalam menawarkan program Sarjana Senibina di Malaysia.