Lawatan Penandaarasan Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ke Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM

8 Disember 2022 – ILD UiTM telah menerima kunjungan daripada pihak Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi program Lawatan Penandaarasan UTP ke ILD UiTM. Delegasi UTP seramai 11 orang diketuai oleh Puan Kartini Sahlan, Pengurus Asrama Kanan Kolej Kediaman UTP. Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami kecemerlangan operasi menguruskan ruang latihan dan penginapan serta untuk memahami usaha dan inisiatif dalam mengendalikan pengalaman pelanggan yang kerap berubah.

Ketibaan delegasi UTP pada jam 11.00 pagi dimulakan dengan sesi menandatangani buku pelawat, disusuli dengan ucapan alu-aluan Prof. Madya Dr. Nabilah Abdullah mewakili Penolong Naib Canselor ILD UiTM, sesi taklimat dan perkongsian Bahagian Pentadbiran dan Komunikasi Korporat (BPKK) disampaikan oleh Puan Siti Ainun Mardiah Jamaludin. Delegasi UTP seterusnya dibawa melihat bilik-bilik penginapan dan juga ruang-ruang sekitar ILD UiTM. Program selesai pada jam 2.00 petang. Diharap sesi lawatan ini dapat diteruskan dengan jaringan kolaborasi di samping mempromosikan kemudahan di ILD UiTM agar dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Inspirasi Latihan Dinamik”