Lawatan Penandaarasan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Shah Alam, 27 Ogos 2024 – Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diwakili oleh empat (4) orang staf teknikal Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA).
Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat InQKA UiTM bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang turut dihadiri oleh dua kumpulan yang berpengalaman menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif iaitu Kumpulan Proserve (Jabatan Digital) serta Kumpulan Beethoven Project (Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM). Kumpulan Proserve telah memenangi Anugerah Harapan Kategori Penyampaian Perkhidmatan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Awam 2024 manakala Kumpulan Beethoven Project telah berjaya menjadi Finalis Konvensyen KIK Peringkat UiTM pada tahun 2022.
Lawatan penandaarasan UMPSA ke InQKA telah berjaya menghasilkan idea-idea baharu, perkongsian pengalaman yang berbeza daripada setiap kumpulan selain sesi bertukar-tukar pendapat dan sesi soal jawab daripada semua pihak yang terlibat. Perkongsian amalan baik antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan UMPSA memberi gambaran positif tentang komitmen kedua-dua universiti untuk menghasilkan projek yang lebih berkualiti dan terbaik sama ada di peringkat UiTM mahupun di peringkat Universiti Awam.