JASIN, 13 Disember 2024 – Persatuan pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), Planter’s Guild (PG’s) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Teknologi MARA UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah menganjurkan satu lawatan penandaarasan selama 2 hari ke Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin. Seramai 30 orang pelajar dari PG’s bersama dengan 2 orang pegawai pengiring telah terlibat dengan program ini pada hari yang pertama.
Pada hari pertama, satu perbincangan antara wakil PG’s Jengka dan Jasin telah diadakan. Perbincangan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar kedua-dua belah kampus dan merancang aktiviti bersama yang boleh dilakukan antara kedua-dua belah kampus untuk semester akan datang. Selain itu, para pelajar juga telah diberi taklimat oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) FPA, Dr Ismail Bin Rakibe, mengenai program-program yang ditawarkan di Kampus Jasin serta di bawa untuk melawat ladang FPA di Kampus Jasin.
Kemuncak bagi lawatan ini ialah penyertaan PG’s Jengka dalam program “Farm and Fun Run 2024” anjuran FPA Jasin. Selain dari PG’s Jengka, program ini turut di hadiri oleh Timbalan Rektor HEP UiTM Pahang, Dr Mohd Kamal Azman Bin Jusoh, Ketua Pusat Pengajian FPA Pahang, Pensyarah FPA Pahang dan juga pegawai dari Unit Pengurusan Ladang FPA Pahang.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran oleh Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (TNC ICAN), YBrs. Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah dan di iringi oleh Dekan FPA, iaitu Prof. Ts. Dr. Azhan Hashim@Ismail. TNC ICAN turut serta untuk mengikuti program ini serta merasmikan acara penutup program ini. Di harap, program seperti ini dapat di kekalkan lagi pada masa hadapan, kerana dapat memberi manfaat yang baik serta berguna kepada pelajar-pelajar FPA UiTM Pahang.
Penulis (1) Mohd Khairi Che Lah (2) Nur Masriyah Bt Hamzah