Seramai 16 orang delegasi daripada Politeknik Nilai yang diketuai oleh Ketua Jabatan, Ts Khairul Nizam bin Kamarudin telah mengunjungi Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) pada 10 Julai 2023 yang lalu dalam lawatan penanda aras Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Delegasi ini telah disambut oleh Ir Ts Dr Sheikh Mohd Firdaus yang merupakan Ketua Pusat Pengajian PKM.
Lawatan penanda aras ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan program diploma yang telah dijalankan oleh PKM UiTMCPP bagi memenuhi kehendak Lembaga Jurutera Malaysia melalui Badan Akreditasi ETeAC. Pelbagai perkara telah dibincangkan terutama melibatkan strukutur kurikulum, pemetaan PEO-PO dan knowledge profile , OBE serta sistem-sistem yang digunapakai di UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Selain itu, delegasi juga dibawa melawat makmal-makmal serta bengkel-bengkel yang terdapat di PKM UiTMCPP yang digunakan oleh para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Pihak PKM UiTMCPP juga mengalu-alukan jaringan kerjasama yang lebih luas lagi seperti geran penyelidikan, penulisan artikel serta aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan staf dan pelajar.
Sesi lawatan sebegini menunjukkan bahawa PKM UiTM Cawangan Pulau Pinang sentiasa menjadi rujukan kepada institusi pengajian yang lain dalam program-program yang ditawarkan. Ia juga adalah sebagai batu loncatan ke arah visi GRU2025.