Pada 1 Jun 2023, satu lawatan penanda aras berkaitan “Micro-Mobility” (e-scooter) telah dijalankan ke UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Lawatan yang bertujuan Lawatan ini bertujuan melihat sendiri suasana, fasiliti dan kemudahan asas yang disediakan oleh pihak Universiti kepada pelajar berkenaan perkhidmatan E-scooter yang menjadi pengangkutan alternatif bagi memudahkan pelajar untuk perjalanan di dalam kampus. Sasaran utama program adalah perkongsian pengalaman, pengurusan risiko serta penambahbaikan yang boleh dibuat berdasarkan taklimat dan pemerhatian semasa lawatan dalam meningkatkan lagi mutu pengurusan dan perkhidmatan kepada pelajar.
Kedatangan kami delegasi dari Kampus Jengka telah disambut mesra oleh Rektor Kampus Seri Iskandar, Prof. Madya. Dr. Ibrahim Nur Hisham bersama Pengarah Program “Micro -mobility”, Gs. Dr. Norhazlan Haron dan ahli jawatankuasanya.
Program lawatan dimulakan dengan taklimat penerangan struktur pengurusan “e-scooter”. Delegasi dari Kampus Jengka di bawa melawat ke setiap tapak penggunaan “e-scooter” dan merasai sendiri pengalaman menunggang “e-scooter” di sekitar kampus.
Hasil daripada lawatan ini dapat dijadikan panduan kepada sistem pengurusan dan perkhidmatan yang lebih berkesan dan terancang demi kesejahteraan pelajar khasnya. Selain itu, ia membantu warga kampus menghasilkan gaya hidup yang lebih moden dan bebas karbon melalui pergerakan “Micro-Mobility” di dalam kampus.