Lawatan Penanda Aras FKA ke University of Nottingham Malaysia

Pada 1 Ogos 2019 lawatan penanda aras telah diadakan di University of Nottingham Malaysia. Lawatan ini juga telah dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama pihak University of Nottingham Malaysia.

Selain itu, lawatan penanda aras ini diadakan adalah bertujuan untuk menanda aras Program Bachelor of Engineering (Hons) Civil (EC220) dengan Program Master of Engineering (Hons) Civil Engineering di University of Nottingham Malaysia dari segi konteks akademik, penyelidikan dan konsultansi, dan sistem pengurusan dalam program tersebut.

Di samping itu, seramai lapan (8) orang delegasi dari Fakulti Kejuruteraan Awam, FKA telah terlibat dalam lawatan penanda aras ke Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, University of Nottingham Malaysia pada 1 Ogos 2019.

Delegasi yang terlibat termasuk Che Maznah Mat Isa (Assoc. Prof. Dr. Ir. Hjh.), KUK, Lee Wei Koon (Assoc. Prof. Ir. Dr.), KPP Wres, Norliyati Binti Mohd Amin (Dr.), KPP StrucM, Che Khairil Izam Bin Che Ibrahim (Assoc. Prof. Dr.), KPP CBPM, Juraidah Hj. Ahmad (Assoc. Prof. Hjh. Dr.), KPP GeoTren; Mohd Khairul Kamarudin (Dr.), Koordinator Penyelidikkan; Hazrina Mansur (Dr), Penyelaras Sistem Audit & Akreditasi dan Oh Chai Lian (Ir. Dr.), Penyelaras Kelulusan dan Akreditasi.

Rombongan FKA disambut mesra oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, University of Nottingham Malaysia, Lau Teck Leong (Assoc Prof. Dr.) dan wakil seperti Teo, Fang Yenn (Assoc Prof. Dr.), Tang, Ioannes Yu Hoe (Assoc Prof. Dr.), Lee, Min Lee (Assoc Prof. Dr.), Yong Tuck Wai (Assoc Prof. Dr.), Goh, Boon Hoe (Assoc Prof. Dr.), Anwar, Mohammed Parvez (Assoc Prof. Dr.), Wong Soon Yee (Assoc Prof. Dr.).

Seterusnya, perbincangan penanda aras bermula pada pukul 10pagi sehingga 12.30 tengahari mengenai konteks akademik, sistem OBE, dan sistem pengurusan. Potensi untuk berkolaborasi antara dua pihak dari segi penyelidikan, penerbitan dan konsultansi turut dibincangkan di dalam lawatan ini. Lawatan penanda aras diakhiri dengan lawatan ke fasiliti terutamanya makmal konkrit, light structure dan makmal heavy structure. Perbincangan bersurai pada pukul 1.30 petang.

Tarikh: 1 Ogos 2019
Tempat: University of Nottingham Malaysia
Pencapaian: Kualiti pengajaran dan pelajaran boleh ditingkatkan

Foto berkaitan:

0
0