Lawatan Naib Canselor UiTM ke Pusat Penyelidikan dan Kecemerlangan Marin (MAREC), Pulau Tuba

Lawatan Naib Canselor UiTM ke Pusat Penyelidikan dan Kecemerlangan Marin (MAREC)

4 Ogos 2019 – Pusat Penyelidikan dan Kecemerlangan Marin (MAREC) telah menerima kunjungan rasmi daripada Y.Bhg Prof. Emeritus Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim – Naib Canselor UiTM bertujuan untuk meninjau perkembangan semasa MAREC sebagai pusat penyelidikan bagi program Teknologi Marin UiTM Perlis.

Kunjungan rasmi ini juga turut disertai oleh Prof. Dr. Mohd Nazip Suratman – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ir. Dr. Hj. Abdul Rahman Omar – Penolong Naib Canselor (Strategi), Prof Dr Hj Khudzir Hj Ismail – Rektor Uitm Perlis, Prof. Madya Dr. Roslani Embi – Pengarah Intec Education College, Prof. Madya Dr. Haslinda Yusoff – Dekan Institut Pengajian Siswazah serta Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Perlis.

Semasa lawatan rasmi berlangsung, delegasi ini telah di dedahkan dengan sejarah penubuhan MAREC serta maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang penubuhan pusat penyelidikan ini.

Oleh yang demikian, lawatan rasmi ini secara tidak langsung bertujuan untuk memantapkan lagi pembangunan MAREC terutamanya dari segi kemudahan infrastruktur dan prasarana selaras dengan penubuhan MAREC sebagai pusat penyelidikan dan kecemerlangan marin.

Lawatan ini juga turut melibatkan perbincangan antara wakil-wakil komuniti di Pulau Tuba untuk membincangkan isu-isu berkaitan dan juga potensi-potensi kolaborasi yang boleh dijalankan bersama.

Justeru, dengan pemantapan MAREC dari segi infrastruktur dan prasana, pengukuhan jalinan diantara komuniti dan keutuhan penyelidikan yang dijalankan akan meningkatkan lagi ketampakan UiTM secara umumnya dan Program Teknologi Marin secara amnya kepada masyarakat dan komuniti.

Foto berkaitan:

0
0