Unit Audit klinikal adalah unit yang menjalankan program dan aktiviti Audit Klinikal di peringkat hospital atau kebangsaan. Audit Klinikal adalah merupakan salah satu teras di dalam Clinical Governance dan ia adalah satu aktiviti yang utama bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan adalah pada tahap yang optimum dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Ia juga menjadi mekanisma check and balance bagi pengurusan klinikal di lapangan.
Program lawatan ini bertujuan membantu para pelajar Ijazah Sarjana Kejururawatan Fakulti Sains Kesihatan dalam pendedahan berkaitan: Measuring the Quality of Clinical Practice (High Intensity Care Unit), Standards of Care, Criteria Indicators dan Measuring the Quality of clinical Practice (Women’s Health in the Community) focused on 3 levels: Community, Systems within the Community; and Individuals, families, and groups. Population Based – Health Care Audits bagi memenuhi subjek Clinical Audit (NRS723). Pelajar akan didedahkan kepada konsep dan alat pengukuran kualiti, serta mengasah kemahiran mereka dalam menilai dan meningkatkan amalan klinikal. Membekalkan pengetahuan tentang piawaian (Standard) dalam penyediaan rawatan kesihatan di High Intensity Care Unit. Pelajar dapat memahami dan mampu mengaplikasikan standard ini dalam konteks amalan klinikal sehari-hari. Menerangkan kepada pelajar mengenai kriteria indikator dan alat pengukuran kualiti amalan klinikal dalam konteks Women’s Health in the Komuniti dengan ini dapat mempertingkatkan kesedaran pelajar terhadap keperluan khusus dalam penyelidikan kesihatan wanita di peringkat komuniti. Lawatan ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk menyelami dan memahami pengukuran kualiti amalan klinikal pada tiga peringkat yang berbeza.
Seramai 2 orang pelajar terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Kejururawatan Semester 3, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam, Selangor berserta seorang pegawai pengiring iaitu Dr Wan Marina Wan Ismail terlibat dengan program lawatan akademik ini. Sesi lawatan di mulakan pada 20hb Disember 2023 ke Hospital Serdang pada 8:30 pagi. Sesi lawatan dan taklimat bermula di Unit Rawatan Rapi dengan penerangan oleh Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat dan Jururawat yang menjaga fail-fail Audit Kualiti. Sesi Lawatan diteruskan ke Unit Kualiti Hospital Serdang, dimana pelajar berpeluang mengikuti sesi audit yang sedang dijalankan untuk Unit Kecemasan Hospital Serdang. Sesi terakhir pelajar dibawa ke Unit Kejururawatan dan pelajar juga berpeluang mendengar taklimat sesi Audit Klinikal yang telah dijalankan bertajuk Clinical Audit on 5 moments of Hand Hygiene in ICU Hospital Sultan Idris Shah Serdang. Sesi lawatan diteruskan ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pada pukul 2:30 petang hingga 4:00 petang. Pada sesi ini pelajar juga diberi penerangan bagaimana sesi Audit dijalankan dan bagaimana data-data yang dikumpulkan dari peringkat hospital hingga ke peringkat negeri. Sesi lawatan diteruskan lagi ke Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam pada 21hb Disember 2023. Pada pukul 8:30 pagi pelajar dibawa ke Unit Kejururawatan dan sesi penerangan disampaikan oleh Ketua Penyelia Jururawat. Pelajar seterusnya di bawa ke Unit Rawatan Rapi untuk melihat sistem failing dan Audit Klinikal yang telah dijalankan oleh unit tersebut.
Setiap sesi lawatan berakhir dengan sesi fotografi bersama Ketua Penyelia Jururawat di hospital yang terlibat. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada mereka di atas masa yang diluangkan bersama rombongan lawatan akademik dari Fakulti Sains Kesihatan, Puncak Alam ke Hospital Serdang, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Hospital Al-Abdullah, UiTM Puncak Alam. Adalah diharapkan objektif lawatan akademik ini tercapai, semoga pelajar Sarjana Kejururawatan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam pengajaran dan pembelajaran mereka, serta menjadi satu langkah positif dalam perjalanan pendidikan dalam bidang Kejururawatan. Gambar-gambar semasa sesi lawatan di lampirkan di lampiran 1.