Lawatan Kerja Prof. Datuk Naib Canselor UiTM ke Pusat Latihan dan Inkubator MASMED

Pada 7 Mac 2022 yang lalu, MASMED UiTM Cawangan Pahang amat berbesar hati dengan kunjungan mesra YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM ke Pusat Latihan dan Inkubator MASMED (PLIM) bersempena lawatan kerja YBhg. Prof. Datuk NC ke UiTM Cawangan Pahang.

Di PLIM, YBhg. Prof. Datuk NC telah disambut oleh Pn. Suhanom Mohd Zaki, Penyelaras KOSISWA dan Cik Norhidayah Md Yusof, AJK Perancangan Strategik KOSISWA. YBhg. Prof. Datuk NC dibawa melihat ruangan bawah PLIM yang telah dilengkapkan dengan peralatan dan kelengkapan urutan sukan yang merupakan salah satu perkhidmatan yang akan dijalankan di PLIM.

YBhg. Prof. Datuk NC telah berbesar hati menandatangani buku pelawat dan menitipkan ucapan Selamat Maju Jaya buat PLIM. Semoga ucapan yang bermakna itu menjadi inspirasi dan meningkatkan motivasi seluruh warga MASMED dan KOSISWA untuk berkembang dan berjaya di masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan, pihak MASMED dan KOSISWA telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Prof. Datuk NC yang merupakan produk jualan KOSISWA, yang terdiri daripada air minuman dan bun kasih sayang KOSISWA. YBhg. Prof. Datuk NC juga menerima topi MASMED KOSISWA sebagai tanda kenang-kenangan.

Terima kasih YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor atas kunjungan mesra YBhg. Prof. Datuk NC. Kami amat hargainya!