Lawatan Kerja Guru Sekolah Daerah Sabak Bernam

Lawatan Kerja Guru Bimbingan dan Kaunselling Daerah Sabak Bernam Ke Taklimat Program Pra Pendidikan Tinggi, UiTM

Pada 15 September 2020 , PPT telah menerima kunjungan Guru-guru Kaunselor Sekolah Daerah Sabak Bernam yang diketuai oleh Encik Abdul Mueiz, Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Daerah Sabak. Satu sesi taklimat telah diadakan oleh Pengarah PPT, PM Dr Aini Jaapar bagi memberi penerangan mengenai Program Pra Diploma UiTM. Guru-guru kaunselor ini juga telah dilantik menjadi RAKAN PPT yang mana akan membantu PPT menyebarluas maklumat mengenai program PPT kepada pelajar di sekolah masing-masing. Turut sama dalam majlis itu adalah penyerahan sijil lantikan kepada ahli kumpulan mentoring AR D’Seven warga Penolong Pendaftar UiTM. Lawatan berakhir dengan lawatan sekitar UiTM. Semoga jalinan kerjasama ini lebih dapat membantu golongan muda untuk meneruskan pengajian mereka ke menara gading.