Lawatan Kerja Dan Perbincangan Antara UiTM Cawangan Pahang, Universiti Malaysia Kelantan Dan Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Ke Tokyo University Of Agriculture Tokyo, Jepun

30 November 2022 – Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan pegawai dari Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Tokyo University of Agriculture, Tokyo, Jepun bermula 8 – 16 November 2022. Program ini adalah rentetan daripada MOU yang telah ditandatangani antara UiTM dan Tokyo University of Agriculture pada 6 Disember 2021 yang lalu.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg Prof Dr Wan Mohd Nazri bin Wan Abdul Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Pahang dan disertai bersama Dr. Nurrohana binti Ahmad, Koordinator ICAN UiTM Pahang), Dr. Nur Sakinah binti Mohamed Tamat, UMK, dan Ts. Mohd Za’im bin Mohd Nor, LKTN. Manakala di pihak Tokyo University of Agriculture, Tokyo diwakil oleh Professor Prof Dr Fumio Eguchi, President, Tokyo University of Agriculture, Professor Dr Hiroya Ohbayashi, Dekan Faculty of Regional Environment Science, Prof Dr Iwao Uehara, Kaunselor dan juga Ketua Faculty of Globalization, Ketua Pusat Pengajian Bahasa iaitu Prof Dr Akiko Kamata dan Prof. Madya Dr Takao Momoi Pensyarah Kanan Faculty of Regional Environment Science.

Lawatan kerja ini bertujuan menjalin kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D), perkongsian teknologi dan kepakaran berkaitan industri papan serpai antara kedua-dua Negara. Satu kajian berkaitan Kenaf Wood akan dilaksanakan bermula tahun 2023 yang melibatkan kerjasama penyelidik Malaysia (LKTN, UiTM dan UMK) dan Jepun (Tokyo University of Agriculture).

Selain itu, perbincangan telah diadakan dengan pengeluar papan serpai (downstream) di Jepun iaitu Tokyo Board Industries Co Ltd bagi mendapatkan perkembangan teknologi terkini pengeluaran papan serpai di Jepun dan pelaksanaan konsep Circular Economy. Tokyo Board Industries Co Ltd menggunakan 100% sisa kayu buangan (waste wood) bagi pengeluaran produk papan serpai. “Japan Partnership for Circular Economy (J4CE)” telah diasaskan untuk tujuan mengukuhkan perkongsian awam dan swasta dengan tujuan untuk memupuk dan pemahaman tentang Circular Economy di kalangan pelbagai pihak berkepentingan termasuk syarikat domestik. Circular Economy dapat memanafaatkan sisa buangan dan sumber bahan mentah yang baru yang lebih mesra alam.

Perkongsian strategik penyelidikan antara Malaysia dan Jepun dalam perkongsian kepakaran, kemajuan teknologi dan pembangunan sumber yang berdaya maju serta memfokuskan kepada penyelesaian bersepadu dan pintar untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG) iaitu SDG 4, SDG 9, dan SDG 17. Penggunaan kenaf sebagai bahan mentah bagi pengeluaran papan serpai adalah selari dengan usaha Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 11.

Program kerjasama ini boleh membawa manfaat yang besar untuk kedua-dua universiti melalui penglibatan aktif kakitangan, pelajar, rakan industri (antaranya LKTN) di Malaysia dan Jepun dalam penyelidikan dan inovasi, pembudayaan teknologi dan perspektif budaya.