20.08.2021 – Lawatan ilmiah yang terdiri daripada 8 orang pelatih Kursus Sijil Pertanian daripada Jabatan Pertanian Pulau Pinang di Ladang Nanas UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pelatih di iringi oleh En. Akmal Pegawai Jabatan Pertanian.
Aktiviti lawatan memfokuskan latihan dan pengatahuan amali di lapangan untuk pelatih yang bakal memulakan penanaman Nanas MD2 seluas 2 ekar. Perkongsian dilakukan oleh En Mohd Shafiq, En Shukur dan En Mohd Ikhmal Hanif wakil Pengurusan Projek Agro Ladang UiTMCPP.
Pekongsian menjurus kepada amalan ladang untuk aktiviti permulaan hingga penuaian hasil Nanas MD2 dan Moris. Ia melibatkan perancangan yang teliti projek Nanas, Pengiraan modal, kos operasi dan kos luar jangka serta cabaran teknikal di dalam sektor pertanian nanas.
Sesi selama 2 jam di akhiri dengan suntikan semangat kepada pelatih muda, nilai estetik di dalam perniagaan dan pertanian disamping pembentukan jarinagn di dalam industri ini bagi membantu mereka untuk bejaya di dalam sektor usahawan nanas.