Lawatan Akademik ke Ricoh Malaysia dedah Teknologi Percetakan Digital Terkini

Lawatan Akademik ke Ricoh Malaysia dedah Teknologi Percetakan Digital Terkini

Lawatan Akademik ke Ricoh Malaysia merupakan program yang dianjurkan oleh pelajar kursus ADE402 (Fundamentals of Digital Printing) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Program berlangsung pada 27 November 2019 di Ricoh Malaysia, Shah Alam.

Lawatan ini di sertai oleh pelajar-pelajar dari Program Sarjana Muda Pengajian Budaya Visual (Kep) dan Sarjana Muda Seni Reka Grafik (Kep) dan Encik Muhammad Yusuf sebagai Pensyarah penyelia projek. Matlamat Program ini adalah bagi meningkatkan pemahaman pelajar berkenaan teknologi percetakan digital dalam industri serta memberi pendedahan mengenai peluang dan potensi produk percetakan digital.

En. Ivan Gan wakil dari Ricoh Malaysia selaku Pengurus Pemasaran Jualan telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai Ricoh Malaysia. Beliau memulakan sesi pengenalan Ricoh seterusnya memperkenalkan produk-produk keluaran syarikat tersebut. Para pelajar juga diberikan pendedahan kepada produk yang terdapat di bilik pameran.

Melalui lawatan ini, para pelajar diberi pendedahan mengenai produk keluaran Ricoh serta berpeluang mengetahui tentang produk terbaru dari syarikat pengeluar mesin percetakan terbesar di dunia tersebut. Antara teknologi percetakan digital terkini oleh Ricoh adalah; Flouresent Ink iaitu kemampuan dakwat percetakan yang sangat terang dan diluar gamut dakwat Cyan, Magenta, Kuning dan Hitam (CMYK).Di samping itu, kelebihan dakwat ini adalah ianya memnpunyai ciri-ciri khas yang membolehkan ianya berinteraksi dengan cahaya Ultraviolet.

Oleh itu, ianya boleh digunakan untuk meningkatkan visual sesuatu produk percetakan. Teknologi Percetakan inkjet juga diperkenalkan kepada para pelajar. Percetakan inkjet mampu mencetak dalam skala yang lebar. Teknologi Inkjet kebiasaanya digunakan untuk periklanan luaran seperti billboard, kain rentang, poster dan sebagainya. Antara yang terkini adalah seperti teknologi Percetakan direct-to-garment.

Teknologi ini membolehkan cetakan dilakukan terus keatas permukaan tekstil. Kelebihan teknologi DTG ini menghasilkan percetakan yang cepat dan imej yang lebih menarik. Menurut En. Ivan, teknologi DTG bakal mengantikan percetakan sutera saring di masa akan datang. Antara produk-produk yang sesuai dicetak dengan teknologi DTG adalah seperti T-shirt, dan sebagainya.

Menurut Nuramira Qistina Binti Noor Izham, salah seorang peserta program “Pandangan saya, program ini mencapai objektif kerana melalui program ini saya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai teknologi percetakan digital. Sebelum ini, pengetahuan saya mengenai bidang tersebut sangat terhad. Tambahan pula saya bukanlah pelajar jurusan teknologi percetakan. Jadi program ini telah memberi impak positif sekaligus dapat memberi pendedahan kepada para pelajar.”

Penganjuran lawatan ini telah mencapai matlamatmya. Para peserta program mendapat manfaat Harapan program ini adalah untuk mendedahkan kecanggihan teknologi percetakan digital yang berkembang pesat di industri kini. Tambahan pula, program seperti ini dapat menggalakkan penglibatan mahasiswa UiTM dalam menguruskan program yang dijalankan di luar kampus bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan serta soft-skill yang tinggi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Ricoh Malaysia kerana sudi menerima kunjungan pelajar UiTM Puncak Alam.

1
0