Lawatan Akademik ke Petrosains dan Pusat Sains Negara

Kuala Lumpur, 10 Jun 2024 – Telah berlangsung lawatan akademik melibatkan seramai 100 orang pelajar bahagian 2, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Perniagaan dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi, Fakulti Pengurusan Perniagaan yang terdiri daripada pelajar kumpulan BA262 2A, BA262 2B, BA262 2C.
Lawatan akademik ini merupakan aktiviti wajib bagi kod kursus BTM454 – Pengurusan Teknologi. Tujuan lawatan akademik ini adalah bagi memenuhi keperluan silibus pelajar.  Lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat dua buah organisasi di Kuala Lumpur iaitu Petrosains dan Pusat Sains Negara. Pemilihan dua organisasi yang berpengalaman ini dapat membantu para pelajar dalam menerokai sains dan teknologi terkini.  Pendedahan ini juga akan meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Ia selari dengan Sustainable Development Goal (Goal 4: Quality Education). Selain itu, para pelajar juga dapat mengetahui bagaimana kedua organisasi ini menjalankan perniagaan mereka.  Melalui lawatan ini, para pelajar juga berpeluang untuk mendapat pendedahan yang lebih mendalam mengenai aspek pengurusan teknologi dan teknologi-teknologi terkini khususnya di Malaysia.