Lawatan Akademik ke HP Graphics Experience Center

Hewlett-Packard Company, dikenal umum sebagai HP, adalah sebuah organisasi teknologi informasi terbesar dunia. Hewlett-Packard berpusat di Palo Alto, California, Amerika Syarikat. Orgaisasi ini adalah pelopor terbesar dalam bidang IT, dan Graphic Solution Business.

HP Indigo adalah salah satu produk keluaran HP dalam skop Graphic Solution Business.  Indigo dikenali sebagai perintis teknologi percetakan digital. Percetakan digital merujuk kepada cetakan tanpa plat. Kelebihan proses ini adalah; cetakan kuantiti yang sedikit (print on demand), membolehkan penggunaan variable data printing dan personalization.

Disamping itu, Indigo mampu mencetak diatas permukaan substrate dari kertas sehingga ke atas permukaan plastik. Oleh itu, Teknologi ini telah merubah landskap industry percetakan dunia dan membolehkan label, pembungkusan, serta buku teks, majalah dihasilkan dengan cepat dan mudah.

Bagi mempamerkan kemampuan teknologi Indigo dan teknologi lain yang berkaitan, HP telah menubuhkan pusat kecemerlangan yang dikenali dengan nama HP Graphics Experience Centre (HPGEC). HP GEC hanya terdapat dibeberapa lokasi iaitu di HP Graphics Experience in Atlanta USA, di Barcelona, Spain di Singapura. Pusat ini menempatkan teknologi percetakan digital termaju (digital offset, 3D printing & inkjet) yang merangkumi dari peringkat R&D, pemasangan, pembuatan dakwat, menguji lari, kawalan kualiti dan aplikasi produk.

Menyedari kepentingan teknologi percetakan digital dan impaknya kepada industri, Pensyarah penyelia projek Encik Muhammad Yusuf Bin Masod, Digital and Data Variable (PMA550)  telah mengadakan lawatan ke HP GEC bertempat di Singapura. Lawatan ini telah berlangsung pada 14 November yang lalu telah disertai oleh 37 orang  pelajar Semester 04 Sarjana Muda Teknologi Percetakan (Kepujian).  Lawatan ini bertujuan meningkatkan pemahaman dan pendedahan kepada pelajar mengenai teori yang telah dipelajari dalam kuliah untuk dipraktikkan  di situasi sebenar dunia percetakan digital.

Program ini mendapat maklumbalas positif dari para peserta antaranya:

  • Siti Nursara Zainal:  “ From this academic trip I get to be more creative and add the value towards the design. By add the value on my project it will became an impact towards my future project”
  • Nureen Nabilla Meor Shamsudin: “I have gained a lot of new information’s and knowledge about Hp Indigo Electroink machine that i never knew before”
  • Ilham Zuhair Yaakob : “The experience at HP COE is something that really valuable for me. It shows and open up a new world of knowledge in digital offset printing.”

Maklumbalas dari pihak syarikat pula:

  • Mr. Daniel Leong (Country Manager, Vietnam & AEC – HP Indigo): “We are glad to be able to support print education here in our region and hope that this is just the first step towards closer collaboration between UITM and HP Indigo.”
  • Mr. Timothy Thanesh Balakumaran : “Hi Encik Yusof, It was a pleasure speaking with you as well. Please do contact me should you have any queries. Always open to a discussion.”

Di akhir lawatan, pelajar telah mempamerkan kemampuan dalam pemahaman seterusnya memberikan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk percetakan. Pendedahan berkenaan percetakan digital offset termaju dan kemahiran baru yang diperolehi sewaktu lawatan memantapkan lagi hasilan projek mereka.  Disamping itu, lawatan ini menjadi pemangkin kearah peningkatan kreativiti dan inovasi dalam penghasilan projek.

 Sukacita dimaklumkan, program ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Penyertaan pelajar dalam lawatan ini telah memberi impak positif kepada pelajar dan UiTM seterusnya menyumbang kepada visi dan misi UiTM dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi.

Pihak penganjur merakamkan setinggi penghargaaan kepada pihak Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mereka terlibat dalam melancarkan penyertaan pelajar ke program ini. Semoga pencapaian ini dapat melonjakkan lagiFSSR dan menjadi pemangkin kepada para pelajar lain di masa akan datang.

1
0