BANDAR JENGKA, 18 April 2023 – Pelatih Pusat Latihan Negeri (PLN) UiTM Pahang telah mengadakan latihan memanah sepanjang bulan Ramadhan bermula pada jam 9:30 sehingga 12:00 malam.
Permohonan memanah pada waktu malam ini mendapat kelulusan Jawatankuasa aktiviti pada 5 April 2023. Kebenaran ini disambut baik oleh pemanah dikalangan pelajar dan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di pusat latihan ini.
Dengan kemudahan yang ada di Lapang sasar Memanah UiTM Cawangan Pahang ini, pemanah boleh memanah sehingga jarak 30 meter. Menurut Jurulatih PLN, Encik Muhammad Aman dan Amir Nazam, latihan secara berterusan ini penting memandangkan selepas hari raya ini, pemanah UiTM dan PLN akan menyertai pelbagai kejohanan diperingkat negeri mahupun kebangsaan.
Sepanjang latihan malam diadakan, En Mukhriz Mohamed, Penolong Pegawai Belia & Sukan Kanan memantau perjalanan latihan. Aktiviti seumpama ini, adalah sebahagian daripada program pembangunan sukan memanah yang sekaligus telah mencapai sasaran dalam memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur dan menyediakan pendidikan berkualiti kepada komuniti.
Ianya selaras dengan SDG3 – Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (“Memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur.”). Ia juga membolehkan PLN dan UiTM dapat mengukuhkan misi jangka panjang dan sederhana, agar dapat berperanan lebih proaktif dalam membudayakan nilai teras SDG tanpa membataskan peranannya hanya sebagai pusat penyebaran ilmu (UiTM).