Larian Amal Julung Kali Anjuran Alumni FKA UiTM dengan Kerjasama Pelajar FKA: Sumbang Dana Bantu Pelarian Syria

Peserta Penta Kilo Charity Run 2018

PENTA KILO CHARITY RUN 2018 (PKCR 2018) merupakan satu program khidmat masyarakat (CSR) berbentuk larian amal yang telah dianjurkan oleh Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam (SMFKA), Shah Alam dengan kerjasama Kelab Alumni Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM).  Program PKCR 2018 ini diadakan bagi mengumpul dana aktiviti kebajikan di mana  sebahagian daripada dana tersebut akan disalurkan kepada persatuan badan kebajikan, MERCY Malaysia. Dana yang disalurkan kepada MERCY Malaysia ini juga bertujuan untuk membantu mangsa mangsa di Syria yang lebih memerlukan.

Peserta Penta Kilo Charity Run 2018

PKCR 2018  ini telah dijayakan pada 21 Julai 2018 (Sabtu) bertempat di Padang Kawad, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. PKCR 2018  ini telah mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa batas usia muda mahupun tua. Dengan anggaran sebanyak 200 peserta telah menyertai program PKCR 2018 terdiri daripada para pelajar, alumni UiTM dan juga orang awam. Bukan sahaja kategori individu mendapat sambutan malah kategori kumpulan seperti kumpulan keluarga dan pelajar sekolah juga mendapat sambutan yang menggalakkan. Kategori larian pula terdiri daripada ketegori 5km dan 10km. Program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Sebelum para peserta memulakan larian, aktiviti memanaskan badan telah dijalankan dimana aktiviti ini telah mendapat kerjasama dari pihak Anytime Fitness bagi mengetuai sesi memanaskan badan. Larian dimulakan dengan kategori 10km diikuti 5km. Program larian amal ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Ir Rozlan Ahmad Zainuddin, Presiden Kelab Alumni FKA.

Dengan jayanya program PKCR ini, maka sebanyak RM2000 telah disalurkan kepada MERCY Malaysia. Jutaan penghargaan diberikan kepada Kelab Alumni Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) atas kerjasama yang diberikan. Selain itu, jutaan penghargaan juga turut diberikan kepada pihak LINE 7 dan pihak PRINTCIOUS  atas kesudian menaja program kami.  Bukan itu sahaja, sekalung penghargaan turut diberikan kepada Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Puan Sri Hanizah Abd Hamid, Dato’ Ir. Rozlan Ahmad Zainuddin dan Prof Datin Ir. Dr. Hajah Zainab Mohamed selaku tetamu jemputan, Prof. Madya Dr. Mohd Fadzil Bin Arshad dan En Shu’aibi Zainal Abidin mewakili Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Tn. Hj Norazam Abdul Samah mewakili MERCY Malaysia, Cik Adlina mewakili Anytime Fitness dan En. Mohamad Izam Bin Zakaria mewakili LINE 7.

0
0