BANDAR JENGKA, 26 Mei 2023 – Pelajar jurusan Kursus Pengurusan Sukan yang diwakili oleh Umar Qois Yus Arzifa Shah, Nik Iqbal Daniel Nik Suhardi, Muhammad Aiman Azman, Muhammad Hanif Nazmi Saipudin Anuar dan Ahmad Zaki Mohd Zam daripada Kolej Poly Tech Mara Kuantan telah melakukan kajian lapangan berkenaan kemudahan sukan di Lapang Sasar Memanah, UiTM Cawangan Pahang.
Antara objektif kajian lapangan ini adalah untuk mempelajari bagaimana menguruskan sesebuah fasiliti, memahami perolehan dana dan pengurusan kewangan serta melihat keadaan fasiliti dan peralatan dengan lebih terperinci. Secara tidak langsungnya, pelajar-pelajar ini dapat memahami selok-belok pengurusan fasiliti sukan memanah di Lapang Sasar Memanah UiTM Pahang ini.
Perkongsian ilmu ini memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari SDG 3 iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan dan SDG 4: Pendidikan Berkualiti. Berdasarkan pelan strategik universiti, program seumpama ini dapat mengukuhkan misi jangka panjang dan sederhana UiTM agar berperanan lebih proaktif dalam membudayakan nilai teras SDG tanpa membataskan peranannya hanya sebagai pusat penyebaran ilmu.
Secara khususnya, terdapat 17 matlamat yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang turut merangkumi kemajuan masyarakat, perlindungan sosial, kesihatan, kemiskinan, pendidikan, peluang pekerjaan, perubahan iklim dan perlindungan alam sekitar.