Lakar Revflux Design Show 2019 ketengah bakat mahasiswa UiTM

MERBOK – Pameran projek akhir Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diketengahkan mampu memberi pendedahan bahawasanya bidang berkenaan banyak memberi sumbangan kepada negara.

Rektor UiTM Kedah, Profesor Madya Dr Shaiful Annuar Khalid berkata, sesi pameran berkenaan bertujuan mengetengahkan kursus Seni Reka Grafik & Media Digital Dan Seni Reka Perindustrian kepada umum sekaligus membuktikan produk dihasilkan pelajar mampu mendapat tempat di pasaran.

Menurutnya, projek yang dinamakan Lakar Revflux Design Show 2019 itu merupakan platform terbaik mempamerkan reka bentuk dan produk pelajar tahun akhir institusi berkenaan.

“Ia mampu untuk membuka mata masyarakat tentang potensi bidang seni kreatif sebagai salah satu agen pembangunan negara dan mempamerkan produk pelajar yang berkualiti kepada umum,” katanya ketika merasmikan pameran di kampus tersebut baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Dr Azhari Md Hashim berkata, hanya rekaan yang menepati kriteria yang ditetapkan sahaja akan dipilih untuk dipamerkan.

Menurutnya, program bertujuan mendedahkan peranan pelajar sebagai pemangkin wawasan di masa hadapan di mana ia dapat menerapkan sikap jati diri dan mengukuhkan tahap keyakinan diri pelajar menjadi golongan yang berwibawa dan berdedikasi.

 

Sumber: https://kampusuols.com/article/424148/U-In-News/UTARA/Lakar-Revflux-Designc-ketengah-bakat-mahasiswa-UiTM

0
0