Lahirkan Doktor Pakar Bedah (Kardiotorasik), UiTM dan IJN Bekerjasama.

SHAH ALAM, 9 Jun Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan membolehkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) meneruskan pelaksanaan tawaran program pasca siswazah Sains Pembedahan (Kardiotorasik) untuk kemasukan pelajar September ini.

Program berkenaan adalah yang pertama seumpamanya ditawarkan di Malaysia dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN).

Program yang ditawarkan merupakan lanjutan perjanjian kesefahaman (MOU) yang ditandatangani bersama IJN, namun pelaksanaannya terhenti seketika apabila krisis COVID-19 melanda negara.

UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, program berkenaan diwujudkan bagi memenuhi keperluan pakar bedah negara.

Ia termasuk keperluan hampir 160 Pakar Bedah Jantung dan Paru-paru untuk mencapai nisbah keperluan seorang pakar bedah kepada 200 ribu penduduk.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), ketika ini negara mempunyai kira-kira 60 pakar bedah sahaja.

Pelaksanaan program berkenaan mendapat kelulusan daripada MQA dan kini di peringkat akhir untuk kelulusan Malaysian Medical Council (MMC).

UiTM juga telah memulakan perbincangan untuk melibatkan universiti lain di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Pembedahan Kardiotorasik untuk turut bersama sama UiTM dan IJN.

Sumber :

http://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/19014-lahirkan-doktor-pakar-bedah-kardiotorasik-uitm-dan-ijn-bekerjasama?fbclid=IwAR3kvfTA1Qh9BslcdAvI68ava8TR8ObbhpLWXM_fCHiBN_yALe-arAayeoU

0
0