Kursus Transformasi dan Kerja Berpasukan untuk semua staf skim di FSG

Kursus Transformasi dan Kerja Berpasukan untuk semua staf skim di FSG

Kursus Transformasi dan Kerja Berpasukan ini telah diadakan pada 23 hingga 25 Ogos 2019 di Kem Murni, Gopeng Perak Darul Ridwan di bawah fasilitator yang berdaftar dengan Unit Perundingan IRMI iaitu Encik Hisyam bin Che Mat, Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Kursus ini merupakan kursus yang pertama kali dianjurkan untuk semua staf skim pentadbiran dan seramai 68 orang staf telah terlibat dalam kursus ini.

Objektifnya adalah untuk mengenalpasti kekuatan pasukan dan peluang untuk memperkasanya serta membudayakan semangat kerja berpasukan dalam diri setiap staf.

Peserta telah dipecahkan kepada 8 kumpulan dan fasilitator telah menjalankan pelbagai aktiviti yang telah berjaya menguji ketahanan minda, membina semangat kerja berpasukan, berfikir secara kreatif dan kritis serta komitmen yang bersungguh untuk memastikan kejayaan pasukan.

Selain itu, peserta juga terlibat dengan program Corporate Social Responsibility (CSR) di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Dahikmah sebagai program ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan daripada warga FSG bernilai RM3,364.00.

Diharapkan melalui pelbagai aktiviti yang merupakan satu bentuk simulasi ini, peserta dapat mempraktikannya apabila menjalankan tugas yang dimanahkan di tempat kerja.

Program ini telah berjaya membentuk ikatan kerja berpasukan yang kukuh antara staf skim pentadbiran dan sekaligus berjaya memotivasikan staf untuk bekerja dengan lebih cemerlang.

Ucapan penghargaan dan sanjungan yang tinggi kepada Dekan (Profesor Dr Hajah Farida Zuraina Mohd Yusof) dan barisan Pengurusan Kanan FSG kerana telah memberi kepercayan dan meluluskan program ini. Mudah-mudahan program hebat seperti ini dapat diadakan setiap tahun.

Foto berkaitan:

1
0