Kursus ‘Professional Image Enhancement’

Pengurusan imej peribadi bukan sesuatu yang harus dipandang mudah kerana imej sesorang individu mencerminkan keupayaan sesebuah organisasi dapat beroperasi dengan baik atau sebaliknya.

Oleh itu, pengurusan imej peribadi yang profesional adalah penting kerana ia dapat membantu seseorang individu tampil dengan lebih berkredibiliti, berkeyakinan serta dapat mewujudkan suasana positif.

Atas inisiatif Jawatankuasa Korporat FKA, kursus ini dijalankan. Penceramah jemputan iaitu Puan Azniza Ahmad Zaini yang merupakan Perunding Imej Bertauliah.

Tarikh: 7 Mac 2019
Tempat: Bilik Seminar Al-Jazari, FKA

1
0