MACHANG, 26 November – Unit Residensi Dan Hospitaliti Pelajar (URHP) dengan kerjasama Jawatankuasa Operasi Bencana Negeri (JOBN) UiTM Cawangan Kelantan telah menganjurkan Kursus Penyegaran ‘First Aider’ pada 18 November 2024 yang bertempat di Bilik Seminar HRDA. Kursus ini disertai oleh 40 orang kakitangan UiTM Cawangan Kelantan dari Kampus Machang dan Kota Bharu, yang merupakan ahli rasmi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan yang telah berdaftar. Objektif utama program ini adalah untuk dapat memberi pengetahuan dan juga pendedahan kepada peserta mengenai tindakan yang perlu diambil semasa menghadapi situasi kecemasan.
Latihan teori dan praktikal berkaitan ‘First Aider’ seperti asas pertolongan cemas dan aktiviti menyelamat mangsa dibahagikan kepada beberapa sesi latihan iaitu Luka dan Pendarahan, Patah, Terbakar, Keracunan Bahan-Bahan di Rumah dan Pemulihan Kardio Pulmonari (CPR). Secara keseluruhannya, program berjaya membina keyakinan peserta serta memberi pendedahan dalam menghadapi situasi kecemasan. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan UiTM Cawangan Kelantan yang telah meluluskan pelaksanaan dan peruntukan program.
Penghargaan turut diberikan kepada BSMM Negeri Kelantan atas kerjasama sepanjang kursus dan latihan berlangsung. Tahniah dan syabas kepada kepada pihak urusetia serta para peserta kursus atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga ilmu dan pengalaman diperoleh sepanjang kursus dapat dijadikan sebagai panduan demi kesejahteraan warga UiTM Cawangan Kelantan.
Penulis:
Puan Siti Azida Aziz
Penolong Pengurus Asrama Kanan
Merangkap Setiausaha Program
Kursus Penyegaran First Aider