Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan UiTM

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pahang (MSNP) telah mengajurkan Kursus Pengurusan Sukan Negara (KPSK) Tahap 1 yang julung kali diadakan bertempat di Hotel Sri Manja, Kuantan, Pahang dari 30 Mei hingga 2 Jun 2022. Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan ilmiah berkaitan tadbir urus sukan sebagai panduan untuk menguruskan organisasi sukan secara berstruktur. MSN telah melantik tiga orang pensyarah daripada Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Cawangan Pahang untuk memberi bantuan kepakaran di dalam bidang pengurusan sukan.

Seramai 45 peserta yang terdiri daripada wakil persatuan sukan, pegawai sukan dari kelab-kelab sukan, persatuan, universiti, kolej dan agensi kerajaan daripada negeri Pahang telah hadir ke kursus tersebut.Turut hadir En. Mohd Yuzaidi Usop, Ketua Penyelaras KPSK MSN dan juga Mantan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Ibni Amin Busu sebagai panel penilai KPSK. Menurut Encik Yuzaidi, beliau sangat gembira dengan kelancaran kursus KPSK di Pahang serta mendapat maklumbalas yang baik daripada peserta untuk meneruskan KPSK di dalam siri jelajah negeri pantai timur yang melibatkan Terengganu dan Kelantan.