Seiring dengan peredaran zaman dan ledakan globalisasi dalam sistem pendidikan, Akademi Pengajian Bahasa dari UiTM Cawangan Jengka Pahang telah mempergiatkan usaha dengan memperkenalkan kursus micro-credential “Preparing for Job Interview.” Diketuai YM Dr Tengku Intan Suzila, ahli-ahli termasuk Nurus Syahidah Tahreb, Mohd Yusri, Syarifah Nur Hani dan Qistina Ibrahim. Program ini menawarkan kursus pembelajaran untuk para pelajar yang berminat untuk memperkasakan ilmu dan memperbaharui teknik-teknik dalam menduduki temuduga dalam memperoleh pekerjaan yang diingini. Ia mengandungi 4 sub-tajuk, ia mempunyai nota-nota, video pengajaran, slide pengajaran dan latihan secara ‘gamification,’ juga pengujian persediaan menghadapi temuduga.
Kursus ini dibina berdasarkan model RAPID dimana pembangun boleh membaiki secara berterusan. Ia berkesinambung dengan aplikasi ‘pocket resume points apps’ yang telah dibina dan mendapat sambutan tinggi dari pelajar dalam menyediakan resume, video resume dan penyediaan portfolio temuduga.
Kursus micro-credential ini selari dengan keperluan kerajaan melalui item KEGA teras 7 pasaran kerjaya. Program ini memperkenalkan kemahiran spesifik yang boleh diaplikasikan dalam temuduga kerja termasuk persedian sebelum, semasa dan selepas temuduga. Program ini dilakukan secara atas talian dan para peserta boleh melengkapkan program mengikut jadual masing-masing. Pemilihan pembentukan program ini berdasarkan isu semasa yang dialami oleh graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan kerana kurang kemahiran. Oleh itu, program ini terbuka kepada semua yang berminat untuk memperbaharui kemahiran komunikasi dalam sesi temuduga.