SEBERANG JAYA, 5 Ogos 2024 – Seramai 12 orang staf akademik dan staf sokongan Pusat Pengajian Elektrik (PKE), UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah mengikuti Kursus Electronic CAD Schematic And Printed Circuit Board Design yang telah dianjurkan bersama dengan Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Berkat kesungguhan Ketua Program (KP) Diploma PKE, Ts. Dr. Samsul Setumin yang berurusan dengan pihak Kolej Komuniti, kursus ini telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kepakaran staf akademik dan staf sokongan diploma PKE seiring dengan teknologi masa kini. Selain daripada itu, kerjasama ini dapat membina hubungan, berkongsi ilmu serta kepakaran dikalangan staf akademik kolej komuniti Seberang Jaya.
Kursus yang telah berlangsung selama sehari dan bertempat di Makmal Maker Market Kolej Komuniti Seberang Jaya ini telah disampaikan oleh Ts. Haji Husaini Aza bin Mohd Adam, Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya. Beliau merupakan tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman dalam bidang ini.
Melalui kursus ini, peserta sangat teruja kerana dapat merekabentuk lakaran litar skematik, merekabentuk bentangan PCB dari litar skematik, menjana prototype PCB 3D sehinggalah berjaya menjana fail Gerber melalui perisian Proteus. Selain itu, peserta juga ditunjukkan bagaimana cara untuk menghantar PCB yang telah siap direkabentuk atau dibangunkan untuk difabrikasi di Negara China.
Hasil maklumbalas daripada program yang dijalankan ini, kesemua para peserta sangat berpuashati kerana kursus ini sangat bermanfaat disamping memperkenalkan teknologi terkini terutamanya dalam merekabentuk dan menghasilkan PCB dengan lebih lebih mudah serta menjimatkan masa dan kos.
Diharap program ini dapat membantu staf akademik dan staf sokongan diploma PKE dalam menambahkan lagi ilmu dan kepakaran mereka sedia ada serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di UiTM Pulau Pinang kelak. Selain itu, diharap melalui program ini juga, dapat meningkatkan hubungan kerjasama diantara UiTM Pulau Pinang dan Kolej Kuminiti Seberang Jaya.