2 Jun 2024 – Telah berlangsungnya “Kursus Asas Penyembelihan Ayam” melibatkan seramai 71 orang peserta yang terdiri daripada kalangan para pensyarah dan pelajar UiTM Kampus Jengka bagi menyertai program ini
Program ini merangkumi pelbagai aspek yang luas, bukan sahaja meliputi proses fizikal penyembelihan, malah turut memberi perhatian kepada aspek-aspek seperti persiapan awal, prinsip kebersihan, dan pematuhan syariah. Justeru, program ini menjadi platform terbaik kepada pelajar untuk membina kefahaman yang mendalam tentang amalan penyembelihan mengikut tuntutan agama Islam.
Selain itu, ayam yang digunakan semasa latihan amali akan digunakan untuk tujuan aktiviti rewang dan ia adalah inisiatif yang bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan semua bahagian ayam yang diperolehi semasa proses penyembelihan. Matlamat rewang adalah menggalakkan semangat kesukarelawanan dan kerjasama untuk mencapai tujuan bersama malah dapat mengekalkan amalan budaya dan tradisi tempatan dalam kalangan para pelajar dan pensyarah.