Kota Kinabalu – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Sabah dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) pada 24 April 2022 di Dewan Ibnu Batutta Ujana Sarjana UiTM Cawangan Sabah. Program KPO ini telah dihadiri oleh 50 pemimpin pelajar yang terdiri dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Persatuan Dalaman Pelajar seperti PEERS, PBSM, Komander, Persatuan Sukan dan lain-lain.
Ceramah Secretarial Empowerment dari Puan Nurul Huda Roslan yang merupakan Alumni UiTM dan Alumni MPP telah berkongsi tentang Pengurusan Dokumen Rasmi, Penulisan Surat Rasmi dan Minit Mesyuarat, Penyediaan Kertas Kerja dan Pelaporan Aktiviti memberi pendedahan kepada pemimpin pelajar untuk mengurusan organisasi kepimpinan pelajar dengan lebih efektif dan efisen. Selain dari itu Puan Nurul turut memberi taklimat berkenaan tadbir urus, kepimpinan dan memberi motivasi serta inspirasi kepada pemimpin pelajar untuk mengenali personaliti, mengenalpasti kekkuatan dan merancang perjalanan pembelajaran dna pekerjaan bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran akan datang.
Melalui program KPO, pemimpin pelajar mampu bergerak dengan lebih proaktif selaras dengan oerkembangan universiti dan cabaran masa kini. Setiap pemimpin memiliki keunikan set personaliti, kepakaran masing masing dan bekerjasama dalam organisasi dalam mencapai matlamat organisasi dengan jayanya. Kebersamaan ini mampu melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing di persada dunia.