Kupi Kupi Bersama Koordinator PPT UiTM Sabah

Program diadakan melalui Google Meet, dikhususkan kepada semua pelajar semester Mac – Ogos 2021, Sesi II 2020/2021 turut dibuka kepada semua staf UiTMCSH Kampus Tawau. Program Kupi Kupi Bersama Koordinator adalah hasil inisiatif Koordinator Kampus untuk menyumbang dan berkongsi ilmu kepada pelajar-pelajar yang menghadapi cabaran pembelajaran norma baharu semasa Covid 19. Semua pelajar telah dimaklumkan awal untuk mengikuti program dengan menyediakan alat tulis yang sesuai.

Program bermula dengan Slot “Di Mana Bah Kamu Belajar Sekarang?” yang disampaikan oleh Encik Asmad Mohd Noor, Pegawai Eksekutif Unit Pentadbiran UiTMCSH Kampus Tawau dan Slot Kedua disampaikan oleh Tuan Haji Muliyadi Hj. Guliling selaku Koordinator PPT UiTM Sabah Kampus Tawau dengan tajuk “Gagal Dengan Jayanya. Ko Rasa?”. Program ini bermula pada 08:30 pagi dan berakhir pada 12:30 tengahari.