28 Ogos 2022 – Delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (PTNCPI)diketuai oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman mengadakan kunjungan ke UiTM Terengganu bertemu barisan pengurusan dan pensyarah di kampus ini. Kunjungan telah disambut mesra oleh YBhg Profesor Ts. Dr Mazidah Puteh, Rektor UiTM Terengganu, YBrs Prof. Madya Dr Rosman Mahmood, Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri), YBrs. Prof. Madya Dr Sarifah Fauziah Syed Draman, Timbalan Rektor (Akademik) dan barisan pengurusan kampus. Turut bersama delegasi PTNCPI adalah delegasi dari Pejabat ICAN UiTM, diketuai YBhg. Profesor Dr Mohamad Hariri Hj. Abdullah.
Turut hadir bersama Delegasi PTNCPI, YBhg. Profesor Dr Nooritawati Md Tahir, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), YBhg. Profesor Dr Nor Azura Md Ghani, Timbalan Pengarah Impak Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), menjalankan fungsi Pengarah RMC, dan Timbalan Pengarah, Ketua dan koordinator dan pentadbir RMC dan ReNeU.
Kunjungan ini bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan penyelidikan dan inovasi di samping berkongsi hala tuju universiti bagi pemerkasaan strategi mencapai sasaran yang gelah ditetapkan oleh universiti pada tahun ini.
“Pensyarah UiTM Terengganu mempunyai potensi yang tinggi untuk bersama-sama dalam melonjakkan prestasi kampus ini khusus dalam penyelidikan dan inovasi dengan mengenalpasti kekuatan bidang tujahan masing- masing” – Profesor Norazah.
Ketika sesi ini, Profesor Norazah menekankan keperluan para pensyarah selaku ahli akademik untuk terus melestarikan kesarjanaan melalui aktiviti penyelidikan. Ini dilakukan melalui penulisan dan penghasilan penerbitan sekurang-kurangnya 1 selaku corresponding author pada tahun ini.
Delegasi juga berkesempatan mengunjungi Taman Penyelidikan Kelulut dan Makmal Pemprosesan Madu Kelulut. Projek Madu kelulut merupakan hasil usaha Pejabat Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri Kampus Terengganu, dengan teknologi yang mampu mengeluarkan hasil pada tahap optimum. Madu kelulut keluaran UiTM kini telah berada di pasaran dan menerima permintaan yang tinggi.
Sebelum menamatkan kunjungan, delegasi PTNCI dan PICAN juga telah menyaksikan demonstrasi Pembuatan Retort, satu inovasi pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan dengan kolaborasi Pensyarah kejuruteraan kimia.
Idea penghasilan ‘Nakhoda’ tercetus selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik COVID-19, di mana keperluan untuk menyelesaikan masalah pengurusan dan pembungkusan makanan yang tahan lama. Antara pensyarah yang terlibat dan hadir hari ini adalah En Rahman, Puan Aniza, Mohd Izwan Mohd zaki, En Shamsul Bahri, En Nazarudin dan Encik Hanizam.
Produk Nakhoda berpotensi menembusi pasaran negara Thai sedikit masa lagi dan hasil kajian dan penyelidikan menunjukkan makanan yang dibungkus mampu tahan dan mempunyai jangka hayat sehingga 8 bulan.
Syabas dan tahniah kepada pensyarah UiTM Terengganu yang inovatif dan kreatif!