Kunjungan Rombongan UiTM Sarawak ke Institut Halal Cordova, Sepanyol

unjungan UiTM Cawangan Sarawak ke Institut Halal Cordova, Sepanyol

Tujuh orang penyelidik dari UiTM Sarawak yang diketuai oleh Rektornya Profesor Dato Dr Jamil Hj Hamali bersama Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Prof Madya Dr Firdaus Abdullah, Hjh Sharifah Anom Omar, Dr Saimi Bujang, Mohd Syahiran Abdul Latif, Dr Hadenan Towpek dan Dr Abdul Razak Abdul Kadir telah membuat kunjungan ke Institut Halal di Cordoba, Sepanyol pada 11 November 2019.

Lawatan kajian yg ditaja oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud itu, telah di sambut dengan sangat mesra oleh CEO Institut Halal Mariam Isabel Romero Arias, Auditor Institut Halal Meryeme El Betar, Dr Faiad Barbash Pengarah Halal Akademi dan Moustapha Hassane Bahagian Perhubungan Islam dan Syariah.

Institut halal di Cordoba merupakan satu-satunya badan persijilan halal di Sepanyol ditubuhkan pada tahun 1996 dan mendapat pengiktiran dari pelbagai negara seperti Cuba, Guatemala, Indonesia juga dari JAKIM, Malaysia serta memiliki tiga buah makmal sains halal yang membuat kajian berkenaan DNA khinzir dan juga alkohol.

unjungan UiTM Cawangan Sarawak ke Institut Halal Cordova, Sepanyol

Ianya sebuah badan NGO yang berdaftar dengan kerajaan Sepanyol dan mengorak langkah penubuhannya dengan tujuan memudahkan umat Islam Sepanyol mendapatkan makanan halal dan juga untuk berdakwah kepada rakyat Sepanyol.

Selain mengeluarkan persijilan halal, Institut ini juga menyediakan latihan berkenaan isu-isu halal kepada umat Islam. Dengan jumlah umat Islam seramai 1.5 juta, permohonan persijilan halal adalah secara sukarela untuk syarikat-syarikat yang berminat. Walau bagaimanapun, Institut ini mengambil inisiatif dengan memperkenalkan persijilan “Muslim Friendly” kepada restoran dan industri-industri kecil.

Pertemuan yang memakan masa hampir dua jam tersebut telah menghasilkan beberapa persetujuan untuk kerjasama antaranya ialah perbincangan lanjut untuk menandatangani MoU antara kedua-dua pihak, pertukaran pensyarah dan pelajar serta penyelidikan halal secara bersama.

0
0