Kunjungan Mesra Pra Pendidikan Tinggi ke Yayasan DiRaja Sultan Mizan

Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) yang diketuai oleh PM Dr Aini Japar selaku Pengarah PPT, UiTM, Shah Alam, Encik Jamri, Koordinator PPT dari Kampus Dungun serta Dr Wan Zuraida, Felo Penyelidikan telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di perkarangan Istana Badariah, Kuala Terengganu.

Lawatan ini turut membincangkan peluang kerjasama antara kedua-dua pihak terutama dalam mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian sedia ada ke seluruh sekolah di negeri Terengganu, bidang penyelidikan, alumni dan peluang penajaan untuk pelajar-pelajar cemerlang khususnya buat golongan B40. Ini bersesuaian dengan falsafah YDSN yang memetik firman Allah bermaksud “Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya”.