Kunjungan Menteri Pendidikan Malaysia ke UiTM Cawangan Sarawak

Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak (UiTM) telah menerima kunjungan YB Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan pada 19 Februari 2019.

Beliau bersama rombongan  telah berpeluang beramah mesra dengan pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda semasa mereka sedang menghadiri Program Minggu Destini Siswa 2019 bertempat di Ruai Pengawa, Kampus Samarahan.

Semasa lawatan ringkas itu juga, YB Dr Maszlee Malik serta rombongan telah dibawa  melawat di sekitar  kawasan UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan.

Foto menarik:

   

0
0