Kunjungan Hormat ZAWAF UiTM ke Islamic University of Maldives (IUM)

MALDIVES, 18 SEPTEMBER 2024 – Suatu kunjungan hormat ZAWAF UiTM ke Islamic University of Maldives (IUM) telah dilaksanakan bagi membincangkan kerjasama dan potensi kolaborasi bersama antara UiTM dan IUM.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) diwakili oleh Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) Profesor Madya Dr. Mohd Ashrof Zaki Yaakob dan diiringi oleh Profesor Madya Dr. Azri Bhari selaku Pakar Rujuk ZAWAF & Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Naib Canselor Islamic University of Maldives, Dr. Ali Zahir atas sambutan yang sangat mesra dan perkongsian berkaitan pengurusan di Islamic University of Maldives (IUM). Turut hadir bersama Dr. Aishath Waheeda, Deputy Vice Chancellor (Academic Affairs), Mr. Ahmed Ameen Mohamed, Deputy Vice Chancellor (Administration and Finance) dan Mr. Ahmed Rauf Abdullah, Registrar of Islamic University of Maldives.

Insha-Allah, hasil kunjungan hormat yang dilaksanakan, beberapa cadangan kolaborasi di antara UiTM dan IUM telah dibincangkan untuk dilaksanakan bersama, sekaliĀ  gus mengeratkan hubungan di antara dua negara Islam, Malaysia dan Maldives.