Kunjungan Hormat UiTM ke Pejabat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak

KUCHING, 31 Julai 2023 – Delegasi Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi dan Pejabat Timbalan Naib Canselor ICAN Universiti Teknologi MARA, UiTM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkasa kolaborasi dan Kerjasama antara UiTM dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, diketuai oleh YBhg Profesor Datuk Dr Haji Jamil Haji Jamali, Rektor UiTM Sarawak bersama YBhg. Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, TNCPI dan Professor Dr. Mohamad Hariri Hj. Abdullah, TNC ICAN.

Turut bersama dalam delegasi ini adalah Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), YBhg. Prof. Ts. Dr Mohd Rozi Ahmad, Pengarah RMC UiTM, YBhg. Prof. Dr Nor Azura Ab Ghani, Pengarah BITCOM, YBrs. PM Ir Dr Ahmad Sabirin, YBhg Prof. Dr Abang Zainoren, Timbalan Rektor Penyelidikan & Jaringan Industri, UiTM Sarawak, Ketua Unit Komunikasi Penyelidikan & Visibiliti, YBrs. Profesor Madya Dr Mohd Muzamir Mahat, Timbalan Pendaftar ICAN, YM Raja Mohamad Fikri Raja Azman dan barisan penyelidik dari UiTM Sarawak.

Ketika kunjungan, pihak UiTM menzahirkan ucapan terima kasih atas peluang dan kerjasama yang telah diberikan oleh YB Datuk Haji Julaihi kepada UiTM Sarawak dalam menyediakan dana bagi tujuan penyelidikan sebelum ini. UiTM mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai Menteri di Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak. YBrs. Dr Ahmad Fadzil Jobil, penyelidik UiTM Sarawak juga berkesempatan membentang kertas cadangan kepada kementerian utiliti dan telekomunikasi bagi tujuan memperoleh dana penyelidikan dalam bidang tenaga baharu, cyber security dan aktiviti komuniti. Cadangan-cadangan telah disambut baik oleh YB Menteri bagi tujuan memperkasa kerjasama dan jalinan antara dua pihak demi manfaat masyarakat.

Pejabat TNCPI berkesempatan menyampaikan surat jemputan kepada YB Datuk Menteri bagi menyampaikan syarahan ucaptama di 10th International Conference on Science & Social Research (CSSR2023), yang dijadual berlangsung pada 6-7 November 2023 di Kuching, Sarawak dengan kerjasama kementerian ini.

UiTM mengucapkan terima kasih atas layanan dan masa yang diluangkan oleh YB Menteri menerima kunjungan hormat ini. Semoga kunjungan ini akan menjadi asas kepada kerjasama yang utuh antara UiTM dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

#UiTM #GRU2025 #globallyrenoweduniversity #TNCPIUiTM #bevisible