Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sabah Bersama Pengurusan UiTM Cawangan Sabah

Kota Kinabalu, 7 Mac 2022 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Sabah telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri , Masyarakat dan Alumni (PJIMA) bersama Timbalan Rektor PJIMA Dr Sharifah Nurafizah Syed Annuar, Koordinator MASMED Encik Ahmad Ghazali Ismail dan Pentadbiran UiTM Cawangan Sabah bersama Penolong Pendaftar, Puan Nurul Huda Roslan.

Kunjungan Hormat MPP UiTM Cawangan Sabah ini berlangung dari 7 Mac 2022 sehingga 1 April 2022 bersama Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Sabah dan Bahagian – Bahagian Utama seperti Bahagian Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Bahagian Keselamatan, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Bahagian Infostruktur, dan Pejabat Rektor UiTM Cawangan Sabah. Objektif utama program ini bertujuan memperkenalkan MPP dengan Pengurusan dan membina jalinan hubungan silaturahim dan kolaborasi antara pengurusan kampus dan pemimpin pelajar. Pertemuan dengan Pihak Pengurusan Kampus merapatkan jurang dan memberi ruang dan peluang untuk pemimpin pelajar menyampaikan idea dan menetapkan hala tuju perancangan strategik bagi tahun 2022. Melalui program ini, pemimpin pelajar memahami hala tuju universiti dengan lebih baik dan menyusun strategi pencapaian dan program pembangunan pelajar yang lebih berimpak tinggi selaras dengan aspirasi universiti.

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sabah dianggotai seramai 12 pemimpin pelajar yang mewakili Fakulti dari peringkat pengajian Ijazah dan Diploma di UiTM Cawangan Sabah. Kunjungan Hormat diketuai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Sabah, Saudara Shahirul Azri Aman Shah dengan barisan Kepimpinan MPP Saudara Ezlan Wong Sui Luong, Naib Yang Dipertua (NYDP), Saudari Nurfazlyana Laide, Setiausaha Agung, Saudari Nur Fatihah Azhan Borhan, Bendahari Kehormat, Saudari Maslina Jeferydin, Exco Kecemerlangan Akademik, Saudara Zul Fadzli Wan Barhama Abdullah, Exco Kemudahan Kolej dan Non Residen, Saudari Emeera Aaliyah Yusmady, Exco Keusahawanan dan Saudara Mohammad Hafiz Bujang Kalanah, Sekretariat Exco Kecemerlangan Akademik.