Kunjungan Hormat Ke Jabatan Urusan Zakat, Waqaf Dan Baitulmal Kementerian Hal Ehwal Ugama. Negara Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 September 2023 – Alhamdulillah UiTM Cawangan Johor telah melaksanakan satu Kunjungan Hormat Ke Jabatan Urusan Zakat, Waqaf Dan Baitulmal, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Delegasi UiTM telah disambut oleh Tuan Ariffin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar, Pemangku Pengarah dan pasukannya.

Delegasi UiTM Cawangan Johor telah diketuai oleh YBhg Rektor Prof. Madya Dr. Saunah Zainon, turut hadir Timbalan Rektor BPJI&A Dr. Faridah Najuna Misman dan Liason Officer OIA Dr. Rosmawati Haron, Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) merangkap Jawatan Kuasa Agihan Unit Zakat Sedekah & Wakaf (UZSW) Ustaz Mohamad Zaki Razaly dan Pakar Rujuk UZSW Ustaz Mohd Asyadi Redzuan bersama Koordinator Zakat, Sedekah dan Wakaf Ustazah Mahasin Mearaj. Turut hadir Dr. Mohd Ali Muhamad Don dan penyelaras UZSW Pasir Gudang Dr. Mohd Rilizam Rosli serta pensyarah ACIS Ustaz Mohd Zainuddin Mustaffa dan Ustazah Khadijah Amira Abdul Rashid.

Melalui kunjungan ini, kerjasama antara kedua-dua pihak dapat dieratkan dan bertukar-tukar idea serta pandangan untuk menjalinkan kolobrasi. Pengalaman manis memperoleh pengetahuan Had Kifayah, program yang dilaksanakan dan bantuan-bantuan yang diberikan kepada penduduk Negara Brunei Darussalam dari aspek pendidikan dan pelaksanaan di bawah seliaan jabatan. Kunjungan hormat ini diakhiri dengan majlis bertukar-tukar cenderahati antara kedua-dua pihak.

Sekalung Penghargaan kepada semua. Semoga Allah berkati dan rahmati usaha yang dijalankan.